Rabu, Mac 2

Ku sajakkan ia.

Cerita Tentang Aku.

Melihat ke tanah aku,
Melihat ke langit aku,
Termenung aku,
Berangan aku,

Berjalan di taman aku,
Melihat keindahan aku,
Burung2 berterbangan aku,
Daunan luruh aku,

Melihat malam dengan bintang aku,
Ditemani bulan terang aku,
Merasai kedinginan malam itu aku,
Sendirian.

Qaseh

Khamis, Januari 27

Hei Love.

U may love this....

Hei love,
The moment we share,
The miles we walk,together,
is the most precious time of my life,
Forever.

Hei love,
My love for you so sincere,
my love for is so deeper,
till the days come,
till the last breath,
Forever.

Love,
I wrote your name in my heart,
So i can read it everytime,
So i can think it everyday,
Never can let us apart.

Love,
I love u,
I miss u,
Tenderly i really2 love u....

Qaseh.

Rabu, Disember 8

Diam

Diam.

Dan terdiam aku,
terkesima aku,
terpana aku,

Melihat sesuatu,
yang aku tidak mahu,
melihat kegembiraan,
melihat kegirangan,
bukan di pihak aku,

Dan sesuatu,
pasti sudah berlaku,
dan akan terus berlaku,
takkan ada lagi aku,

Seketika,
gembira,
melihat itu,
melihat kamu,
senyum.
Aku tahu kamu bahagia,
dan aku,
akan terus diam.

Qaseh.

Khamis, September 2

Semakin Hari Semakin Dingin.

Dingin...

Masa berlalu,
tanpa menunggu,
terus berlalu,

Kita berdua,
memendam rasa,
kasih sayang,
rindu dendam,

Dan adakala,
perselisihan faham,
sedikit perkara,
di pendam dalam2,

Masa terus berlalu,
kita kurang berbicara,
tentang kita,
tentang semua,

Rindu datang,
kala diam,
diluahkan yang terpempam,
tidak mahu bungkam,

Hari datang,
hari pergi,
gelak tawar temani diri,
senyum sinis terukir di bibir,

Semakin hari semakin dingin,
kau dan aku,
puncanya kenapa,
kita juga tahu,

Namun jangan kau keliru,
perasaan aku padamu,
tetap sama seperti dahulu,
adakah kau juga begitu?

Puisi lara hati duka,
aku tulis kala kecewa,
buka mata buka minda,
ada cerita di dalamnya.

Qaseh.

Rabu, Ogos 25

Namanya Cinta.

Yang Namanya Cinta.

Wahai dikau yang bernama cinta,
Siapakah dirimu?
Bagaimanakah rupamu?
Bagaimanakah perilakumu?

Kau yang bernama cinta
Hadirlah kau dalam hidupku,
Inaplah kau dalam hatiku,
Legarlah di ruang mindaku,

Duhai kau yang bernama cinta,
Ajarkan aku erti kasih,
Ajarkan aku erti sayang,
Ajarkan aku erti rindu,

Kau yang bernama cinta,
Dimana kamu?
Aku butuh kamu,
Aku perlu kamu,
Temani aku.

Qaseh

Rabu, Julai 28

Hujan

Hujan.

Titik-titik air,
dari awan yang gelap hitam,
jatuh berderai,
mambasahi bumi ini,

Pagi,petang,malam,
ia menitik,
tidak kira masanya,
bunyi petir dan kilat,
menyambar bumi,
silau cahayanya,
gerun suaranya,

Hujan menitik lagi,
memberi nikmat,
memberi sejuk,
memberi air untuk penduduk bumi,
manusia,haiwan juga tumbuhan,
merasai nikmat sang air,
nikmat dari yang Maha Pencipta,

Anak-anak,
gembira melihat hujan,
seperti melihat permata turun dari awan,
berkejaran,berpelukan di tengah hujan,
hingga momokan ibu tidak kedengaran,

Aku,
melihat deraian hujan,
terasa nyaman,
terasa aman,

Terima Kasih Tuhan.











Qaseh.

Rabu, Mei 26

Jiwa Jiwa Luka.

Lagu Baru Dari Aku...

Jiwa Jiwa Luka.

Wahai jiwa2 yang luka,
Aku tahu apa mahumu,
Mari kemari bersamaku,
Akan kuhiburkan hatimu,

Wahai insan2 yang kesedihan,
Akan ku belai jiwamu,
Dengan indah bahasaku,
Dengan alunan iramaku,

Aku coretkan ceritamu,
Aku melodikan kisahmu,
Menjadi lagu2 merdu,
Menuntun hati yang bisu,

Mari bersamaku,
Nyanyikan lagu syahdu,
Mari bersamaku,
Bergembiralah selalu,

Dan Pabila kau sudah bahagia,
Bergembiralah kau di sana,
Lupakanlah deritamu,
Bergembiralah selalu.

Qaseh.

Selasa, Mei 18

Warkah Adinda Ceria.

~Warkah Indah~

Adinda,
Kini kau kembali ceria,
Dengan kembali hadir sidia,
Dan satu harapan nyata,
Mencintaimu sepenuhnya,

Adinda,
Semoga hari-harimu,
Akan indah selalu,
Akan bersinar selalu,
Bersama sidia di sampingmu,

Adinda,
Aku coretkan warkah ini,
Warkah ceria buatmu,
Dan ingin kau mengerti,
Doaku sentiasa mengiringi,

Adinda,
Bahagiakan dirimu,
Indahkan hari-harimu,
Kerna itu mahuku,
Sang penghiburmu.




Qaseh.

Isnin, Mei 17

Volume 2

Kembalikan Senyum Volume 2.

Pudar sudahkah rasa itu,
Dari hatimu yang sayu,
Yang kosong tidak berlagu,

Andai ada rasa itu,
Andai mekar rasa itu,
Ingin aku kembali,
Ke sisi mu.

Aku mungkin tahu,
Yang kamu juga begitu,
Memendam rasa terhadapku,
Merinduiku.

Namun,
Masa akan terus berlalu,
Meninggalkan aku dan kamu,
Dan aku akan terus menunggu,
Jawapan yang pasti darimu.

Qaseh

Ahad, Mei 16

Kembali.

Kembalikan Senyum.

Masih adakah lagi perasaan itu?
Perasaan cinta dihatimu..
Buat diriku yang menginginkanmu...
Buat diriku yang merindukanmu...

Maaf andai pernah aku,
Mengecewakanmu,
Melukaimu,

Kemarilah kesini kamu,
Bersama denganku,
Jalani hari2 indah bersama,
Akan ku kembalikan senyummu itu.

Qaseh.

Lagu Bulan Ini.