Sejak detik itu,
Pertama kali memandangmu,
Terdetik di hati kecilku,
Mungkinkah kau yang satu,
Sejak detik itu,
Sering sangat terfikirkanmu,
Hati berdebar mengingatimu,
Gugup rasa dalam hatiku,
Sejak detik itu,
Selalu aku perhatikanmu,
Setiap langkah dan tuturmu,
Setiap apa sahaja milikmu,
Sejak detik itu,
Hanya kau yang aku tunggu,
Mengisi hati yang sedang pilu,
Menjadi teman sejatiku,
Dan kini,
Kau menjadi milikku,
Sepenuhnya milikku,
Sepanjang hidupku,
Dan kini,
Bertuahnya aku,
Mendapat cinta itu,
Cinta agung milikmu,
Dan kini,
Kita bersatu,
Dan akan terus bersatu,
Hingga hujung waktu,
Hingga tercabut nyawa dari badanku.
Sayang,
Terima kasih,
Atas cintamu,
Atas kasihmu,
Atas segala2nya,
InsyaAllah,
Aku takkan sia2kan hidupmu,
Akan aku jagamu,
Dengan seluruh kudratku,
Hanya kamu.
Qaseh.