Sabtu, Julai 16

Khabar Buat Jodohku.

Apa khabar jodohku?
Aku harap kau sihat2 selalu,
Ditemani hari2 indah milikmu,
Bahagia disamping keluargamu,

Jodohku,
Ingin sekali aku bertanya,
Adakah kau merinduiku?
Kerna aku merinduimu,
Teringin sekali bertemu,

Jodohku,
Terkadang terfikir aku,
Adakah kita akan bertemu?
Adakah akan kita bersatu?
Hanya tuhan sahaja yang tahu,

Jodohku,
Bersabarlah kamu dan aku,
Menunggukan tibanya saat itu,
Saat kita kan menjadi satu,
InsyaAllah pastikan tiba watu itu.

Jodohku,
Marilah bersamaku,
Berdoa selalu,
Agar kita menjadi satu,
Dengan keizinan Yang Satu.

Qaseh.

Selasa, Julai 5

Doaku Pada Tuhan.

Doa.

Aku berdoa pada tuhan,
yang Maha Pencinta,
yang Maha Penyanyang,
yang Maha Memberi.

Doaku pad tuhan,
hadirkan si dia padaku,
jodohku,takdirku,

Doaku pada tuhan,
bukalah pintu hatinya,
terimaku seadanya,
seperti aku menerimanya,

Doaku pada tuhan,
dekatkanlah dirinya padaku,
agar mudah aku memberi kasihku,
agar mudah aku pupuk sayangku,

Doaku pada tuhan,
andai dia jodohku,
tulang rusukku,
berilah perlindungan pada kami,
payungilah kami dengan keredhaanmu.

Semoga Tuhan Merahmati Segala Cinta Di Dunia....

Qaseh.


Lagu Bulan Ini.