Khamis, April 22

Melangkah

Langkah hidupku....

Seketika,
Aku mengatur langkahku,
Untuk menjalani lorong kehidupan,
Menyelusuri lebuh hari-hariku,

Langkahku sudah bermula,
Perlahan,
Beriringan atau bersendirian,
Menempuhi hari-hari yang indah,

Kau...
Mahukah kau bersamaku?
Paut tanganku erat....
Dan melangkah bersamaku,
Meneruskan sisa-sisa perjalanan,
Hingga tiba di perhentian terakhir.......

Kuhulurkan tanganku buatmu...
Hanya buatmu....

Qaseh.

Khamis, April 15

Pencinta Sepi.

Menyayangimu Tanpa Sedar.

Pekenalan kita di alam maya,
adakala terasa selesa bersama,
adakala tenang,adakala girang,
berkongsi cerita,suka dan duka,

waktu berdetik,
kita semakin rapat,
semakin asyik bersama,

dan hadirnya satu perasaan,
yang entah dari mana asalnya,
mungkin dari hati yang sunyi,
sepi tanpa teman,
memanggil2 namamu,membisikkan di telingaku,
"aku sayang kamu",

tanpa sedar perasaan itu tiba,
tanpa meminta,tanpa dipinta,

namun layakkah aku bersamamu?
adakah kau juga berkongsikan perasaan itu?
atau hanya aku,

sungguh dalam perasaan itu,
hingga sukar aku nyahkan,
ingin ku ucap tak terluah,
inginku simpan terasa sesak di dada,

apa harus aku lakukan?
perlukah aku luahkan?
atau hanya mencintainya dengan diam.

Qaseh.

Isnin, April 12

Saat Kau Menyukai Yang Lain.

Saat Kau Menyukai Yang Lain.

Tika aku mula menyayangi,
Tika aku mula mengasihi,
Tika aku belajar mencintai,
Tika aku sedang ingin mendekati,

Hadir sang perawan itu,
Menyerikan hari2mu,
Memenuhi setiap waktumu,
Mengirangimu,

Dan baru ku sedar,
Hatimu bukan untukku,
Di hatimu tiada aku,
Tiada aku,

Apa harus aku lakukan?,
mengundur diri selangkah,
melihat engkau berjalan dihadapan,
berpimpin tangan dengannya,
bahagia,

Dan mungkin itulah,
Yang terbaik buatku,
Kerna hanya yang kuharapkan,
Agar kau bahagia....
Selamanya.

*Indah kata dengan bahasa,
Indah rupa dengan senyum,
Dan aku akan terus senyum,
Setiap hari,
Agar hari-hariku sentiasa indah.

Qaseh.

Lagu Bulan Ini.