Adinda.
Adinda...
Usah kau bersedih,
Bila cinta tidak lagi di hati,
Kerna cinta datang dan pergi,
Seperti yang hidup pasti kan mati.
Adinda...
Usah kau menangis,
Bila dia meninggalkan pergi,
Kerna pasti ada yang akan hadir,
Buat mengisi kekosongan jiwa.
Adinda...
Usah kau meratapi,
Segala perit di hati,
Kerna pasti akan ada,
Ubat buat mengubat jiwa yang lara.
Adinda...
Usah kau menghukumi,
Segala kekurangan milik sendiri,
Kerna kekurangan itu,
Adalah kelebihan milikmu.
Adinda...
Sabarlah...
Bergembiralah...
Dan teruskan perjalananmu,
Di lorong2 indah milikmu,
Aku kan setia menemanimu,
Setakat aku termampu.
Qaseh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan