Sabtu, Julai 16

Khabar Buat Jodohku.

Apa khabar jodohku?
Aku harap kau sihat2 selalu,
Ditemani hari2 indah milikmu,
Bahagia disamping keluargamu,

Jodohku,
Ingin sekali aku bertanya,
Adakah kau merinduiku?
Kerna aku merinduimu,
Teringin sekali bertemu,

Jodohku,
Terkadang terfikir aku,
Adakah kita akan bertemu?
Adakah akan kita bersatu?
Hanya tuhan sahaja yang tahu,

Jodohku,
Bersabarlah kamu dan aku,
Menunggukan tibanya saat itu,
Saat kita kan menjadi satu,
InsyaAllah pastikan tiba watu itu.

Jodohku,
Marilah bersamaku,
Berdoa selalu,
Agar kita menjadi satu,
Dengan keizinan Yang Satu.

Qaseh.

Tiada ulasan:

Lagu Bulan Ini.