Selasa, Julai 28
Penat....
12:35 tengah hari....
Waktu makan tengah hari pun tiba,namun perutku masih lagi kenyang dengan kuey teow goreng TAWAKAL yang sedap gila!Tawakal jer la...haha!!!!So aku ambil masa ini untuk menulis sedikit,mungkin untuk menghilangkan bosan dan lelah aku ni.
Okay,seperti yang kita ketahui,Yasmin Ahmad telah pun pulang menemui Yang Maha Pengasih,sesungguhnya Allah lebih mengasihinya.Dan pagi itu,aku terbaca blog si Afdlin Shauki(pagi betol die update blog....) tentang pemergian Yasmin Ahmad.
Sambil aku membaca dengan gagap tulisan beliau yang berbahasa inggeris itu,aku mengakui semua kebenaran yang di luahkannya,dimana kadang kala industri perfileman melayu kita terlalu banyak campur tangan,aku tak nak maksudkan sesiapa,hanya mereka yang tahu.
Beliau sebagai penggiat seni amat terkilan dengan sikap segelintir orang2 kita melayan pengarah2 dan pembuat2 filem,seperti kebanyakan filem Yasmin Ahmad sendiri,setiap kali filemnya ingin ditayangkan,pasti ada pihak yang kurang senang,dengan mengeluarkan fakta2 yang boleh merencatkan promosi filem tersebut,tak kurang pula yang memotong adegan2 yang tak sepatutnya,kenapa?pada aku,mungkin kerana mereka tidak mahu semua tahu bahawa realiti sebenar kehidupan masyarakat Malaysia.
"Jangan bagi banyak sangat kat karyawan kita, nanti diorang besar kepala", maybe that is what is in our cultural belief system. Which is Fucked up. You watch... now that she has passed away.... her films will no longer be under scrutiny and all the unrelease-ables will become release-ables.
Aku tertarik dengan petikan di atas,kerana ia adalah kenyataan.hahahaha....gila la si Afdlin ni...
Kembali pada cerita Yasmin Ahmad,pada aku sendiri,sejujurnya beliau telah membuka mata aku untuk melihat hasil karya orang melayu,dan filem2 melayu,walaupun filem2nya tidak pecah panggung,namun pada aku hasil sentuhan dari beliau sangatla halus,terlalu banyak maksud tersirat di sebalik penceritaan beliau,aku kagum dengan kebolehan beliau,dan aku teringin untuk menjadi seperti beliau,menghasilkan sebuah karya yang dekat dengan masyarakat,Ya!filemnya penuh dengan kontroversi,namun...pada aku,itulah hakikat kehidupan.Tahniah buat beliau atas kejayaan beliau di dalam negara serta di luar negara,sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengganti tempatmu.Al-Fatihah.....
Dan semoga industri perfileman melayu ini menjadi lebih indah dengan kehadiran insan2 seperti beliau.
Korang?Indahkah Hari Ini?
Amirul@Qaseh
Ahad, Julai 26
Al-Fatihah....
KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.
Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.
Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.
Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
*Ihsan Dari Kosmo Ahad.
Amirul@Qaseh
Pentas Dunia.
Hurm....
Kehidupan adalah sebuah drama,drama di pentas dunia,dimana kitalah pelakon,dan kitalah pengarahnya.Seperti drama di televisyen,ada jalan cerita yang berbeza,ada suka,ada duka,ade sedih,ada gembira,ada tangis dan ada tawa,begitulah kita di pentas dunia,setiap hari yang berlalu adalah babak dalam drama,setiap yang diucap adalah skripnya,setiap yang berlaku adalah actingnya.Sebagai pengarah,kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadikan sesebuah drama itu menjadi lebih hebat dari drama milik orang lain.Kita adalah pelakon utama,dan disekeliling kita adalah watak tambahannya.
Selama ini aku berfikir ape yang aku tonton di televisyen adalah drama semata,namun...hari ini menjadi sejarah buat aku kerana setiap yang aku tonton itu telah berlaku di dunia nyata,kegembiraan,kesakitan,segalanya cukup,sungguh genius si penulis skrip drama,aku kagum,walaupun hanya berimaginasi,namun imaginasi mereka adalah nyata.
Dan hari ini,aku bersyukur,kerana aku adalah insan yang amat2 bertuah,memiliki drama yang pada aku lebih baik,aku punya kasih sayang dari sebuah keluarga,Alhamdulillah...aku mampu hidup dengan selesa,dan aku rasa korang juga begitu..Namun,disebalik itu,tetap ada yang merasakan kekurangan,tetap ada yang menderita,dan tetap ada yang kering air mata mengenangkan nasib diri mereka.Dan kadang kala,tangisan itu bukan dari mereka,tetapi dari insan di sekeliling mereka,jalani hari2 dengan kesedihan sehinggakan takut untuk menempuh hari esok,kadangkala kesedihan itu tidak mampu diluahkan,hanya terpempam di hati yang gundah,yang sentiasa memikirkan hari esok,yang sentiasa mengharap bahawa ada sinar pada mereka pada hari esok,aku cukup terkesima,Ya Allah,aku bersyukur di atas kurniaanmu.
Kepada "mereka",tahniah di atas ketabahanmu itu,dan ingatlah bahawa kamu tidak akan selalu begitu,kerana kamu adalah pengarah drama itu,dan kamulah satu2nya insan yang mampu memberikan sebuah drama yang terbaik untuk diri kamu sendiri.Semoga kamu akan terus menghadapi hari2 esokmu dengan penuh ketabahan,dengan penuh keindahan.Ingatlah bahawa mentari tetap jua akan bersinar,dan bulan akan juga mengeluarkan cahaya indahnya di waktu malam.Ingatlah bahawa tetap ada insan yang akan tetap bersama kamu walau dimana kamu berada,dan ingatlah...bahawa Allah akan sentiasa berada disampingmu,Setiap masa.
Korang?Indahkah Hari Ini?
Amirul@Qaseh
Sabtu, Julai 25
Seperti Pagi Ini....
Seperti pagi ini,
Menanti wujudnya mentari,
Menerangi pelusuk bumi,
Menghangati,
Seperti pagi ini,
Bersama alunan angin,
Bersama embun menitis,
Dingin,
Seperti mereka,
Seperti pagi ini,
Jalani hidup ini,
Dengan indah,
Dengan mewah,
Dengan megah,
Jalani hidup ini,
Bersama aku,
Bersama kamu,
Bersama mereka,
Bahagia,
Aku,
Tetap disini,
Dan terus disini,
Sementara belum aku,
Mati,
Kamu,
Tetaplah kamu,
Jadi dirimu,
Bersahabat denganku,
Selalu,
Indahnya hari ini,
Bersama kamu,
Bersama mereka,
Dan untuk selamanya,
Terima kasih,
Atas kasihmu,
Atas sayangmu,
Atas kesetiaanmu,
Bersahabat denganku.
Korang?Indahkah Hari Ini?
Amirul@Qaseh
Jumaat, Julai 24
Get Well Soon,Yasmin....
Hurm...
Okay,tanpa melengahkan masa...
Mesti korang semua dah tau kan pasal Yasmin Ahmad?(Kalau korang kenal la).
Beliau jatuh pengsan ketika membuat pembentangan di Sri Pentas,beliau sebelum itu telah menyatakan bahawa beliau kurang sehat dan sakit kepala,dipendekkan cerita,beliau sedang koma di ICU Hospital Pakar Damansara.Menurut sumber,beliau di percayai diserang angin ahmar@strok,dan...beliau telah pun menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepala dan dalam keadaan stabil.Alhamdulillah....
*Artikel ihsan dari Harian Metro,Jumaat,24/07/2009
*Yasmin Ahmad adalah pengarah filem dan iklan yang telah di iktirah di dalam dan di luar negara,antara filem yang di arah nya seperti,Sepet,Gubra,Mukhsin dan Talentime.
*Semoga beliau lekas sembuh dan terus menghasilkan filem2 yang hebat.
Get Well Soon,Yasmin....
Amirul@Qaseh
Kenapa?
Segar...
Selepas menghirup secawan kopi tongkat ali dan menyedut asap rokok winston 14 merah dalam2,baru aku sedar yang aku sedang berada di pagi Jumaat,24.07.09.
Apa yang menarik dengan tarikh tu?takdepape pon sebenarnya...hehehe.
Okay....
Aku ade sesuatu yang menarik untuk diceritakan hari ini,bagi aku mungkin...bagi orang lain aku tak tahulah.
Beberapa hari lepas,aku membaca 1 artikel yang agak menarik,aku cukup tertarik dengan tajuk artikel tu,"Nasib Baik Bawa Banyak Buku"....menarik tak?Tajuk tu dah cukup buat aku tertanya2 apa isi kandungan artikel tu,dengan gambar anak2 kecil mengendong beg sekolah menaiki jejantas.Aku tanpa melengahkan masa terus saja membaca artikel tu.Bermula dengan si penulis bercerita mengenai diri beliau semasa beliau bersekolah dahulu,dengan hanya menggunakan papan batu untuk menulis,mengeja dan mengira,kepada buku pertama di dunia,buku undang2 Hamurabi,kepada satu generasi yang kini dibebani oleh buku2 yang tebal,setebal buku yellow pages(ni aku yang cakap okay...haha).
Kenapa?aku rasa itu persoalan paling tepat untuk diajukan oleh si penulis mengenai buku2 yang tebal dan berat yang dikendong oleh para murid sekolah sekarang.Pertama,beliau berfikir bahawa tujuan buku2 setebal tu adalah untuk membina 1 generasi bijak pandai,yang hebat dari segala ceruk ilmu,lahir satu generasi yang cemerlang,namun... beliau tidak nampak karya2 agung yang lebih hebat atau setanding dengan karya Hikayat Hang Tuah,atau lahir 1 teori2 hebat untuk rujukan sains dan teknologi.Jadi...kenapa perlu buku setebal itu?
Kedua,yang membuat aku tergelak bila membaca...beliau menyatakan buku2 tebal yang dibekalkan oleh pihak2 tertentu adalah untuk menyiapkan generasi kini mejadi ATLET YANG HEBAT.Hah?kenapa plak?tu soalan pertama aku...yelah,dengan beban2 yang berat tu sudah tentu membuatkan anak2 kecil tu menjadi lebih kuat,gagah,berstamina tinggi,hari2 usung beg dengan beban yang berkilo2,betol juga kata aku.Namun sekali lagi!,beliau kecewa kerana masih belum ade atlet dari Malaysia yang betul2 berjaya,pasukan bola sepak Malaysia tewas di tangan pasukan dari Kepulauan Maldives,apa lagi ntah dia tulis aku pon tak ingat.Dan yang paling menarik sekali,di akhiran penulisan beliau,beliau bercerita mengenai 1 peristiwa,dimana beliau ternampak seorang budak di pondok telefon,menggapai2 ganggang talefon,namun tidak sampai,datang 2 kawan mereka,meletakkan BUKU DIBAWAH UNTUK DIJADIKAN ALAS KAWAN MEREKA YANG SEDANG BERGAYUT,uh!Kenapa boleh jadi begitu?
Begitulah serba sedikit artikel yang aku baca beberapa hari lepas.Pendapat aku,sebenarnya ada pihak yang tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam hal ni,baik dari "pihak2 tertentu",ibu bapa,pelajar itu sendiri,aku tidak menyalahkan sesiapa,berfikir dan bertindak!
*Masa aku di UTM,pergi kelas hanya bawa fail yang berisi kertas kosong untuk nota,alat tulis dan buku rujukan,dan tak tebal.....
*Artikel diatas adalah dari buku MASTIKA keluaran Ogos,segmen Kah Kah Kah,Bertajuk seperti yang aku bagitahu,dan beliau adalah merujuk kepada Hishamuddin Rais
Korang?Indahkah Hari Ini?
Amirul@Qaseh
Khamis, Julai 23
Selamat Tinggal Kekasih Terbaik.
Rabu, Julai 22
Hah?
Heal the world...
Make it the better place....
For you and for me and the entire human race..
Uh,syoknye lagu ni,teringat zaman kecik2 aku,aku ade 1 vcd Micheal Jackson ni,rasanya Mahadi punya kot,aku sebat,hahaha...sorry bro,pinjam tak pulang.
Antara lagu yang ada dalam tu,Heal the World,Remember The Time,Earth Song,Black And White,Liberian Girl,uh...banyak la,semua best2 belaka.Tapi aku bukan nak bercerita pasal aku minat Micheal Jackson okay,ni cuma selingan jek,sebab baru dengar lagu Heal The world tu,papepun...semoga rohnya ditempatkan di tempat2 orang yang beriman.
Okay....
Bermulalah cerita di hari Isnin yang indah,
Pukul 7 pagi,pulang dari kerja,bersarapan,menonton televisyen,dan tidur.....
Aku bangun agak awal harini,dalam pukul 12 lebih aku dah terkebil2 dah.
Aku menonton dengan mata yang lebam,ah...perutku terasa lapar,lincah aku ke kedai,beli tepung dengan surat khabar,patutla aku rase pagi tadi ada bende yang aku tak buat,surat khabar!
Aku mengorang jemput-jemput atau orang lain panggil cekodok,habis goreng aku kembali menonton sambil membace surat khabar(nampak sangat membazir!),mengambil jemput-jemput ku yang pertama,ngap..ALAMAK!aku lupe nak letak garam mase bancuh tadi,aduhai....tawar jerk jemput-jemput aku petang tadi,hahahaha....dahla takde sos sebagai penyelamat,makan jer la....habis jugak!haha.
Hurm,lepas tu aku main PS2 milik wan,main Burnout Dominator,tapi asek berlanggar jer,terus malas aku nak main.Aku menonton televisyen semula,cerita Lu'Lu tak silap aku la,best gak cite tu pada waktu2 santai macam tu,tapi yang buat aku tertarik kat cerita tu sebab awek yang jadi Lu'Lu tu cute gila!dengan gaye die yang lurus bendul,
hahaha....best2.
Sedar2 dah waktu aku menyiapkan diri untuk bekerja,macam biase la kan....
Pergi kerja....
Korang?Indahkah Hari Ini?
Amirul@Qaseh
Isnin, Julai 20
Aku Bukan Superman!
Hadiah dari aku untuk pagi yang indah ini,terimalah..........
Senyum aku melihat karya Achmad Dhani..
Honestly,He is genius!Its true..
Amirul@Qaseh
Ahad, Julai 19
Impianku Tercapai......
Ape2 pon,aku nak senyum dulu.... :)
Kenape ek?sebab salah satu impian aku selama ni dah tercapai....
Walaupun ia tak sebesar mana pada aku,tapi...aku tau ianya amat besar ertinya...
Dan dengan senang hati aku boleh cakap ngan mak aku,"mak...tak payah risau lagi ye?semuanya dah selamat,mak dah tak perlu fikir ape2 lagi...".
Alhamdulillah,semoga Allah merestui segala cinta di dunia.
Hurm.......
Bercerita mengenai hari ini,
Semalam aku tertidur kat kilang(shhh..jangan bitau sape2 tau),nasib baik tomok kejut aku,
kalau tak memang terlajak la aku nak balik.Dan terus memandu,mencari kedai sarapan(padahal tak cari pon,dah fikir awal2 dah).
Selepas bersarapan,aku terus pulang,membasuh baju sambil membaca surat khabar,tercari2 berita mengenai kekalahan 2-3 skuad Malaysia ke atas Manchester United,tapi takda pulak,
mungkin sengaja dianjak ke hari Isnin.Aku baca Mingguan Metro,surat khabar lain aku tak tau,haha.Hah!teringat jawa bagi komen semalam,Stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan t-shirt merah berbanding t-shirt kuning,apa dah jadi?mungkin t-shirt merah lebih murah harganya kot jawa,hahaha.
Lambat gak aku tido arini,tunggu mesin basuh automatik tomok berbunyi lagi,setiap basuhan mengambil masa 45 minit,uh...bosan,nasib baik aku beli surat khabar tadi,ada gak peneman.
Selasai membasuh dan menyidai,aku terus ke bilik,dan tanpa membuang masa,aku terus ke pembaringan aku yang sejak dari tadi memanggil2 namaku,dan baring,dan terus.....ZzZzZ..
Huargh...
Bangun sudah dari tidur,berjalan ke bilik air dengan mata yang bengkak,sedar2 pukul 5.30,lama gila aku tidur harini,uh...sungguh meletihkan,
Petang hari Ahad,sedang orang lain di hadapan peti televisyen menonton drama hujung minggu,atau pergi Jusco Tebrau,menonton wayang cerita Obsessed,Skrip 7707,atau sedang berjoging di taman2,aku...menyiapkan diri untuk berkerja,arghh....bosannya.
Tengok televisyen kejap,Saluran Astro Ria,APM 2009,ruginya tak dapat tengok sampai habis,
antara yang menarik di APM 2009,Datuk Siti Nurhaliza tidak lagi bertudung,Kaka kumpulan Slank hanya memakai "kot kulit tanpa butang" yang menampakkan sebahagian "ketul enam" diperutnya,(kalau artis Malaysia dah kene gam dan tu),Ayu menang anugerah(tak ingat aku anugerah apa),dan yang paling aku kagum,Yuna telah di nominasi dalam salah satu anugerah,tak silap aku vokal terbaik dalam album perempuan kot,walaupun hanya dalam masa yang singkat,dan tanpa label,Yuna telah membuka mata banyak pihak mengenai hasil buah tangannya,cayalah Yuna!Semoga kau terus memperjuangkan muzik pilihan kau.
Pergi kerja.....
Korang?Indahkah hari ini?
Amirul@Qaseh
Pagi.....
Sabtu, Julai 18
Aku...
Takde bende nak cerita sebab aku tak sehat hari ni...
Nak menaip pon malas,aduhai.....
Korang?Indahkah hari ini?
Amirul@Qaseh
Khamis, Julai 16
Kerja Malam...
Rabu, Julai 15
Aku....
Kembali aku dengan blog aku yang baru,yang lame aku dah buang okay?dah lame betul aku tak menulis.Fuh!
Okay,sebelum aku berceloteh,baik aku perkenalkan diri aku dulu,pada yang dah kenal,kenal la,yang tak kenal tu,salam perkenalan,aku amirul,berasal dari Batu Pahat,tapi sekarang menetap di Gelang Patah,berkerjaya,berjaya?mungkin...INSYAALLAH.
Dah,cukup...taknak bercerita banyak2 sebab korang akan kenal aku gak nanti,kan2?
aku tinggalkan korang dengan persoalan ini.INDAHKAH HARI INI?
Amirul@Qaseh