Ahad, Julai 19

Impianku Tercapai......

Assalamualaikum.....

Ape2 pon,aku nak senyum dulu.... :)
Kenape ek?sebab salah satu impian aku selama ni dah tercapai....
Walaupun ia tak sebesar mana pada aku,tapi...aku tau ianya amat besar ertinya...
Dan dengan senang hati aku boleh cakap ngan mak aku,"mak...tak payah risau lagi ye?semuanya dah selamat,mak dah tak perlu fikir ape2 lagi...".
Alhamdulillah,semoga Allah merestui segala cinta di dunia.

Hurm.......
Bercerita mengenai hari ini,
Semalam aku tertidur kat kilang(shhh..jangan bitau sape2 tau),nasib baik tomok kejut aku,
kalau tak memang terlajak la aku nak balik.Dan terus memandu,mencari kedai sarapan(padahal tak cari pon,dah fikir awal2 dah).
Selepas bersarapan,aku terus pulang,membasuh baju sambil membaca surat khabar,tercari2 berita mengenai kekalahan 2-3 skuad Malaysia ke atas Manchester United,tapi takda pulak,
mungkin sengaja dianjak ke hari Isnin.Aku baca Mingguan Metro,surat khabar lain aku tak tau,haha.Hah!teringat jawa bagi komen semalam,Stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan t-shirt merah berbanding t-shirt kuning,apa dah jadi?mungkin t-shirt merah lebih murah harganya kot jawa,hahaha.
Lambat gak aku tido arini,tunggu mesin basuh automatik tomok berbunyi lagi,setiap basuhan mengambil masa 45 minit,uh...bosan,nasib baik aku beli surat khabar tadi,ada gak peneman.
Selasai membasuh dan menyidai,aku terus ke bilik,dan tanpa membuang masa,aku terus ke pembaringan aku yang sejak dari tadi memanggil2 namaku,dan baring,dan terus.....ZzZzZ..
Huargh...
Bangun sudah dari tidur,berjalan ke bilik air dengan mata yang bengkak,sedar2 pukul 5.30,lama gila aku tidur harini,uh...sungguh meletihkan,
Petang hari Ahad,sedang orang lain di hadapan peti televisyen menonton drama hujung minggu,atau pergi Jusco Tebrau,menonton wayang cerita Obsessed,Skrip 7707,atau sedang berjoging di taman2,aku...menyiapkan diri untuk berkerja,arghh....bosannya.
Tengok televisyen kejap,Saluran Astro Ria,APM 2009,ruginya tak dapat tengok sampai habis,
antara yang menarik di APM 2009,Datuk Siti Nurhaliza tidak lagi bertudung,Kaka kumpulan Slank hanya memakai "kot kulit tanpa butang" yang menampakkan sebahagian "ketul enam" diperutnya,(kalau artis Malaysia dah kene gam dan tu),Ayu menang anugerah(tak ingat aku anugerah apa),dan yang paling aku kagum,Yuna telah di nominasi dalam salah satu anugerah,tak silap aku vokal terbaik dalam album perempuan kot,walaupun hanya dalam masa yang singkat,dan tanpa label,Yuna telah membuka mata banyak pihak mengenai hasil buah tangannya,cayalah Yuna!Semoga kau terus memperjuangkan muzik pilihan kau.

Pergi kerja.....

Korang?Indahkah hari ini?

Amirul@Qaseh

Tiada ulasan:

Lagu Bulan Ini.