Khamis, Julai 16

Kerja Malam...

Assalamualaikum...


huargh....

Masa menunjukkan pukul 1.33a.m.....

sedang orang lain lena di tilam yang empuk,diulit mimpi2 indah,

sedang manusia2 menonton peti televisen,tengok cerita2 dongeng larut malam,

aku di sini,berada depan pc milik syarikat,bosan,dan bekerja.....

hurm...keje malm memang bosan,tapi ramai yang suka keje malam ni...boleh mengular,

aku?bosan gila,pada aku keje malam menyakitkan,sebab bosan yang melampau dan membawa kepada simtom mengantuk yang extravaganza...aaahhh.


Okay2,bercerita mengenai hari ini,hurm....

Pagi yang indah menjelma,menanti waktu habis kerja...

Balik...dengan kancil 850 aku,menderu laju ke Gelang Patah...

Kreok3...perut terasa lapar,aku singgah makan kat restoran awana 1,roti telur bawang ngan teh tarik..uh,hidangan biasa pada pagi yang indah....hurm,

Sesudah makan,aku balik rumah,mandi,baring ditilam yang aku rindukan sepanjang malam,enak bukan kepalang,dengan cuaca yang amat baik untuk aku lelapkan mata,fuh!

Aku capai majalah Mastika edisi ogos 2009,terselit cerita Fahmi dan Sudirman,siapa Fahmi?kenapa Sudirman?Beli Mastika edisi ogos 2009 okay?hehe..

Dan dengan tak semena2,aku hilang......


Bangun tidur,kebilik air,rutin biasa bagi aku lepas bangun tidur,

Aku mengoreng keropok dan makan sambil menonton,dan tidur kembali,


Kucing hitam,

Kau berjalan di depanku,

Ku tak hirau,

Hanya mainan duniaku,


Arghh...lagu yang membuat aku terjaga dari tidur,

5.30p.m,bangun dan terus mandi,bersiap dan pergi kerja....

Huh!pagi yang indah,dengan cuaca yang amat baik,bukan hari yang indah bagi aku,

kerana hari itu aku sulamkan dengan dengkuran demi dengkuran,

Keje malam.....ah.

Korang?Indahkah Hari Ini?

Tiada ulasan:

Lagu Bulan Ini.