Khamis, Disember 31

Syukur.

Assalamualaikum....

Pergh!lame gak aku tak meninjau blog aku ni,banyak perkara berlaku kebelakangan ni jadi masa untuk aku berfikir dengan waras jadi singkat,hahaha......

Disember berlalu dengan pantas,2009 sudah di penghujungnya,pasti banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita pada 2009 ni,yang baik,yang buruk,yang sedih,yang gembira,semua bercapur2,dan ada yang berazam,dan telah mengecapi azamnya itu,dan tak kurang juga yang dah tak ingat apa yang di azamkannya.Pada aku,tiada azam yang aku buat,aku hanya jalani kehidupan manusia normal,aku buat apa yang aku rasa aku perlu buat dan aku ingin buat,yang lainnya,berserah.Begitu juga untuk aku menjalani 2010 yang bakal menjelma kelak.

Dalam bulan ni saja banyak perkara berlaku di sekeliling aku,pada aku,pada keluarga aku,pada sahabat2 aku,dan pada dunia.

Opah aku telah di panggil pulang ke asalnya pada 7hb dis tahun ni,Alhamdulillah...segala2 nya berjalan dengan lancar.Al-Fatihah buat roh almarhumah.

Aku kena saman pada 17hb bersamaan dengan hari bos kecik aku terbabit kemalangan,Alhamdulillah,dia sihat.

28 Dis,hari lahir abah ke 55....Alhamdulillah,dia masih lagi diberi kekuatan.
2 hari sebelum kami sekeluarga besar telah buat sedikit kenduri kecil2 lan untuk meraikan majlis potong jambul buat ahli keluarga baru kami,Nur Nadira Natasya dan Ulfa Dian,juga hari lahir abah aku dan anak saudara aku,Iffah Nuraliya,juga meraikan ulang tahun perkahwinan abah dan mak aku.


*Buat Ridzauan Bin Ahmad dan Norziah Bte Yeop,semoga tahun baru ini akan lebih bermakna buat kalian,sayang kamu berdua!
*Buat sekelian rakyat jelata,Selamat Tahun Baru 2010.

Secalit pengalaman dibuat pengajaran,
secalit perasaan jangan disimpan,
secalit luka jangan dibiar merebak,
secalit sengsara tidak akan berlarutan,
secalit kasih buat semua yang di kenali,
secalit sayang buat mereka yang mengenali,
secalit rindu buat yang dirindui.
salam sayang dari aku buat semua.

Qaseh.

Ahad, Disember 20

Mesra Kasih Sayang.

Merindui seseorang,
Dengan dalam dan padat,

Qaseh

Selasa, Disember 15

Terseliuh.

~!-!~
Berpeluk tubuh,
Mengeluh keluh,
Berdiri tidak teguh,
Gelap tidak bersuluh,
Comot yang lusuh,
Hati sudah terseliuh,
Ingin aku bunuh,

-Tapi aku tidak bodoh.

Qaseh.

Ahad, Disember 6

Bercinta.

Maaf.

Aku tak rasa nak bercinta dengan kamu,
Tak lebih dari menyayangimu,
Tak lebih dari mengasihimu,
Kerna aku tahu,
Tiada cinta itu buatmu.
Namun kau tidak akan pernah tahu,
Betapa bermaknanya dirimu buatku.

Maaf.
Jika luka itu terus berdarah.

Qaseh

Ahad, November 29

Bila Aku Sudah Tiada.

Sejenak,
bersamamu,
ku rasa indah,

sejenak,
denganmu,
ku rasa meriah,

senyuman mu,
pandangan mata mu,
tawa mu,
gurau senda mu,

dan...
bila kau tiada,
aku,
lemah,
gundah,

adakah itu,
perasaan yang dinamakan rindu?
pada mu,
pada suara mu,
pada senyum mu,

adakah kau rindukan aku?
sepertimana aku rindukan mu,
atau hanya aku yang merindu?
melayan perasaan dalam kalbu,

seorang diri,
aku,
layari hidup ini,
dengan tujuan yang pasti,
untuk aku,
hanya untuk aku!


Qaseh.

Ahad, November 22

Pilihan

Hati Aku Merintih Lagu Ini.





Lyric :: Seandainya Aku Bisa Memilih


Dari jauh lubuk hatiku
Jiwaku resah mencari tahu
Apa yang sedang kurasakan kini
Terguncang aku mengingat engkau

Reff #
Seandainya aku masih bisa memilih
Akan kupilih engkau sebagai kekasih sejatiku
Betapa semua harapan hanya untukmu
Akan kupahat namamu dalam pusara hatiku

Kaulah rahasia terbesar hidupku
Yang takkan mungkin aku ungkapkan
Kusimpan erat perasaanku
Meski ajal menantiku

Jumaat, November 20

Paksa Luka.

Maaf...

Andai aku sekali lagi melukakanmu.....
aku tidak mahu,
tapi aku perlu,
demi kau,demi aku,
mungkin ini yang terbaik,
untuk kita,untuk semua,
aku perlu,
aku pasti,
akan ada yang terbaik untuk kau,
pada hari esok,atau lusa,
dan ia pasti akan hadir juga,
niatku hanya 1,
buat kau gembira,
buat kau bahagia,
di sisi aku,
yang hanya memandang dari kejauhan,
dan bila datangnya ia,
ingatlah,
aku akan sentiasa tersenyum,
dibibir,dihati,
kerna aku tahu,
kau bahagia,di sisinya.

Terima kasih atas kasih sayang itu,
Terima kasih atas cinta itu,
Walau hanya sementara,
Aku puas merasakannya.

Aku sentiasa ada disini.







Qaseh.

Ahad, November 8

Aku Dan Udara.

Aku takkan menjadi pelangimu,
kerna ia hilang bila senja,
Aku takkan menjadi mataharimu,
kerna ia akan tenggelam bila malam menjelma,
Aku takkan jadi bulan buatmu,
Kerna ia hilang dek mentari pagi,
Aku ingin menjadi udara,
yang kau perlukan setiap waktu,
dikala siang,dikala malam,
akan aku dakapmu,
di ruang atmosferaku,
agar kau hidup,
agar kau lega,
agar kau tenang,
bersamaku,
Disetiap waktumu.




Qaseh

Selasa, November 3

Temu Dan Pisah.

Assalamualaikum.....

Pertemuan....
1 pertemuan,adakalanya dirancang,adakalanya 1 kebetulan,dan adakalanya terjadi tanpa dipersetujui pun,namun....pada aku,pertemuan itu sudah di tentukan oleh yang Maha Menentukan,kerana tanpa persetujuan dariNya,satu pertemuan itu takkan mungkin berlaku,seperti aku,dipertemukan dengan orang2 di sekeliling aku,sahabat aku,rakan2 aku,musuh aku,pencinta aku,pembenci aku,dan ramai lagi.Kenapa aku dipertemukan dengan mereka?adakah itu yang aku pinta?Mungkin....dan ia telah pun di tentukan,sejak aku lahir ke dunia,sehinggalah hari di mana aku dapat menaip di sini.
Apa yang kamu dapat dari pertemuan itu?pada aku,aku dapat pengalaman,pengalaman di dunia ini yang mungkin aku tidak akan dapat jika tiada pertemuan itu,dengan mereka,aku belajar pelbagai erti kehidupan,gembira,sedih,suka,duka,senang dan susah,jatuh,bangun,semuanya ada,menjadi 1 pengalaman yang amat berharga buat aku.Setiap hari,aku tahu,aku akan terus dipertemukan,dengan adanya teknologi2 yang canggih,semakin mudah untuk aku dipertemukan,dengan mereka,yang baik,yang jahat,yang kecil,yang besar,yang cantik,yang menarik,yang hodoh,yang buruk,Dan aku akan terus dipertemukan dengan sesiapa pun,dan aku tak mungkin akan mengelak.

Perpisahan....
Berpisah,terpisah,memisah,dipisahkan.1 subjek yang membawa episod suka dan duka,ada yang sedih dengan perpisahan itu,ada juga yang gembira,ada yang inginkan perpisahan itu,ada yang berat untuk melaksanakan,ada yang tanpa rela,ada yang merelakan.
Dan pada aku,perpisahan PASTI berlaku.Dengan 2 cara,
1-Berpisah Hidup.
2-Berpisah Mati.
Dan kedua2nya takkan boleh dielak,jika sudah ditakdirkan perpisahan tu berlaku,ia akan berlaku,cuma dalam situasi yang macam mana je yang aku dan korang takkan tahu,dan ia juga adalah 1 pengalaman dan mungkin terdapat pengajaran di dalamnya,mungkin ia baik,mungkin ia tidak,mungkin ia menyenangkan,mungkin ia menyusahkan,bergantung kepada keadaan dan situasi.

Temu Dan Pisah...
Tanpa pertemuan,pasti takkan ada perpisahan,pertemuan dan perpisahan takkan dapat di elakkan,setiap yang bertemu pasti akan terpisah,dan kita harus terima semua itu seadanya,macam lagu Awie;

"pertemuan dan perpisahan,
menjadi lumrah hidup ini,
kita hanya merancangkannya,
tuhan penentu segala,
ada yang berbahagia,
ada juga yang merana,
itulah permainan dunia,
terimalah segalanya"


(sahabat,teman,kekasih,
jika semalam kita bertemu,
mungkin esok kita terpisah,
sahabat,teman,kekasih,
terima kasih,
kerana mewarnai hidup aku,
walau seketika,
walau senafas,
akan aku ingat peristwa gembira,
akan aku pahat memori indah bersama,
dalam hati kecil,
moga ia kekal,
sampai bila2,
akan aku semat jiwa duka,
aku simpan dalam minda,
tanpa rasa iri,
tanpa rasa dengki,
sepanjang pertemuan itu,
pasti tercalit kisah sendu,
maafkan aku,
sebelum terlambat aku,
mungkin hari ini,
kita bersama,
mungkin esok,
tidak lagi,
mungkin kau,aku,dia,mereka,
akan kembali,
ke asalnya.)


Qaseh

Ahad, November 1

November.

Assalamualaikum......

November tiba,pada ahad yang basah dek tangisan,tangisan awak gelap,menurunkan tangisan yang penuh nikmat,kepada yang kepanasan,kehausan,ambil nikmat it sewajarnya,guna ia sebaiknya,jangan nanti bila ia tidak kembali,kau merungut,mendesah.

Kenapa dengan november?apa yang,menarik dengan november?
Takda apa2 pon,cuma aku teringat 1 tarikh pada bulan ni,dan tarikh tu mengingatkan aku pada seseorang,yang telah jauh dari aku.

Aku doakan semoga dia bahagia selalu,INSYAALLAH.

Qaseh.

Selasa, Oktober 27

...........?

Assalamualaikum...

Dimana ada hati,
Di situ ada perasaan,
Sayang,kasih,
Marah,benci,

Dimana ada hati,
Disini?

Apa aku merepek ni?
entah...
Tidak keruan,
Bosan,

Qaseh.

Khamis, Oktober 22

Cinta.

Assalamualaikum...

Cinta...
Apa Itu Cinta?
Mana Asal Cinta?
Bila Masa Bercinta?

Cinta...
Ada kata ia buta,
Ada kata ia dusta,
Ada kata ia bahagia.

Benarkah?


Qaseh

Khamis, Oktober 15

Selagi Aku Mampu.

Selagi Aku Mampu....

Kelmarin,
hari ini,
waktu ini,
saat ini,
aku masih mampu,
aku masih kuat,
masih mampu sabar,
masih mampu tenang,
masih kuat akal fikiran,
masih kuat tubuh badan,

Selepas ini,
esok,
lusa,
tahun depan,
masa akan datang,
mungkin aku masih mampu,
mungkin aku masih kuat,
atau mungkin aku sudah tidak upaya,
atau mungkin aku sudah lemah,
menahan hati ini,dari berkata,
membiarkan akal ini,diam tidak berfikir,
menahan perasaan ini,daripada memberontak,
membiarkan tubuh ini,menyakitkan,

Selagi aku masih mampu,
Aku akan pertahankan,
Selagi aku masih mampu,
Aku akan buat,
Selagi aku masih mampu,
Aku akan...............

Mampukah aku?
Sehingga Bila?



Qaseh

Selasa, Oktober 13

Kenapa?

Assalamualaikum....

Kenapa?
Kenapa sering kau bertanya tentang itu sedang kau tahu jawapannya tetap sama?
Ia tiada di hatiku!TIADA!
Fahamilah itu,fahamilah ayat itu,fahamilah ungkapan itu,jika kau tidak dapat menerima kenyataan itu,maafkan aku,aku tetap aku,tetap begitu sampai bila2 pun,maafkan aku!



Qaseh

Sabtu, Oktober 10

Kadang Kala.

Assalamualaikum....

Kadang kala....
Lapar lebih baik dari kenyang,
Gelap lebih baik dari terang,
Tiada lebih baik dari ada,
Miskin lebih baik dari kaya,
Diam lebih baik dari bersuara,
Sendiri lebih baik dari berteman,
Tanpa perasaan lebih baik dari bercinta.

-Apakah itu cinta?

Qaseh

Marah!

Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!
Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!
Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!
Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!
Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!Marah!

SABAR!

Qaseh

Jumaat, Oktober 9

Bertukar!

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN

Mulai hari ini,Hari Yang Indah akan bertukar nama kepada !~qAsEh~! dengan link http://keqasehkusayang.blogspot.com.
Namun Hari Yang Indah tidak tamat begitu sahaja,blog tu tetap ada dengan wajah yang lebih segar,bersama link yang sama http://hari-hari-yang-indah.blogspot.com .Maka dengan itu,harap faham!hahaha....

Amirul@Qaseh

Papadom...Aku Datang.

Assalamualaikum...

Salah satu filem yang mesti aku tonton,Papadom dah keluar pawagam semalam,jadi aku akan mencari masa yang sesuai untuk pergi menonton filem tersebut.

Antara faktor yang ada pada cerita tu yang buat aku ingin menonton:-

-Di arah oleh Afdlin Shauki!Salah satu penggiat seni yang aku kagumi.
-Dilakonkan oleh Afdlin Shauki!
-Banyak menang trofi di Festival Filem Malaysia baru2 ni,walaupun filem itu belum lagi di tayangkan.Hebat!
-Dah lama tak tengok wayang,terlepas filem Setem dan Talentime,rase terkilan gila tak pergi tengok.



Korang?Ape yang korang tonton?

Amirul@Qaseh

Selasa, Oktober 6

Jika Kau Baca Ini.

Assalamualaikum.....

Jika kau baca ini.
Bacalah dengan tenang.
Bacalah dengan lapang,
Bacalah dengan riang,

Jika kau baca ini,
Ku pohon kau tidak pergi,
Pergi meninggalkan hari yang indah ini,
Pergi tanpa aku menyedari,

Jika kau baca ini,
Aku ingin kau tahu,
Hanya satu niatku,
aku mahukan mu jadi milikku,

Jika kau baca ini,
Aku ingin kau tahu,
Bahawa aku,
Terlalu menyayangimu.

Jika kau baca ini,
Aku ingin kau tahu,
Kau tetap dihatiku,
Hingga hujung nyawaku.

Jika kau baca ini.

Amirul@Qaseh

Sabtu, Oktober 3

Hello



Let Me Start By Saying.....I Love U.

Aku Butuh Itu

Assalamualaikum.....

Ya Allah,
Berikanlah aku sifat itu,
Aku butuh sifat itu,
Walau aku punya sifat itu,
Aku perlukan ia lebih,
Pada waktu ini,
Pada detik ini,
Berikanlah sedikit lebih sifat itu,
Padaku waktu ini,

SABAR!





Amirul@Qaseh

Jumaat, Oktober 2

Ku Sedang Layan.

Assalamualaikum.....

Sekarang aku sedang layan The Hoppers And Ahli Muzik,lantak korang la nak cakap aku ketinggalan zaman atau apa pon,janji aku tengah layan!
Cau....

Korang?Tengan Layan Apa?

Amirul@Qaseh

Khamis, Oktober 1

Panorama Kuala Lumpur

Sedikit Panorama Kuala Lumpur yang sempat aku rakam,pakai kamera telefon bimbit nokia 6630 aku jek,tu yang tak banyak gambar,nak jimat bateri la katakan,gamba pon ada sedikit kurang baik la,tapi telah diedit menjadi sedikit baik oleh Microsoft Office Picture Manager.

Bangunan Sultan Abdul Samad Eh?



Antara bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.



Ulat Besi Di Tengah Kota



Pengangkutan Awam


Keselamatan Kita Harus Di Jaga(PUDURAYA)



Aku Di Puduraya



Central Market,Pasar Rakyat@Pasar Seni?Aku Pon Lupa.



Katanya Daya Bumi,Antara Bangunan Yang Gah Di Zamannya.



Stesyen Keretapi Tanah Melayu.Kot.



Hujan,Mengiringi Aku.


Amirul@Qaseh

Hadiah.

Assalamualaikum....

Hari ni aku dapat hadiah,Flextronics bagi atas sumbangan aku kat kilang ni....


-Cawan....tahun lepas dapat cawan yang sama gak.
-Flextronics-Kilang tempat aku kerja.

Amirul@Qaseh

Sabtu, September 26

Im A Creep.

Assalamualaikum.....

Lagu lama...
Rindu aku nak jamming lagu ni....

Creep-Radiohead



Song Lyrics

Khamis, September 24

Siapa Buatku?

Assalamualaikum.....

Hurm....
Terngiang2 di telinga,kata2 dari seorang ayah,kata2 seorang ibu kepada anaknya,yang sedang buntu,sedang keliru,sedang bercelaru,mengenai masa depannya.Ya...Setiap ibu dan ayah sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2nya,yang indah,walau kadang kala tidak mampu,namun mereka akan tetap berusaha mendapatkan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Dan kini aku semakin yakin,walau apapun yang terjadi,aku hanya perlu jadi diri aku,kerana akulah yang akan menerajui hidup aku,aku juga adalah pengarah itu,aku juga pelakonnya,kenapa perlu orang lain mengarah drama aku sendiri?biar aku yang menulis skrip,biar aku yang jadi orang lampu,biar aku yang jadi juru kamera.Kerana aku tahu,hanya aku yang boleh mengubah nasib diri aku.

Dan bermula pada saat ini,aku akan menjadi diri aku,baik dan buruk adalah diri aku,jika ada yang merasa tidak selesa dengan aku,pergi...aku tidak suruh kau kemari,kepada yang sakit hati dengan aku,maafkan aku,aku bukan seorang yang sempurna,kepada yang menyayangi aku,yang mengasihi aku,terima kasih,aku hargai semua itu.Dan apa yang aku tahu,aku sayang setiap insan yang pernah singgah di hati aku,tidak pernah ada perasaan benci kepada kamu semua,dan aku harap kamu semua akan bahagia,disamping orang yang telah dijodohkan denganmu.Terimalah jodoh itu kerana itu lah takdirmu,itulah Qada dan Qadar mu,itulah yang tertulis di Luh Mahfuzmu.

*Abah cakap,senang je bang,cari guna Sunnah,InsyaAllah....bahagia.Terima Kasih Abah.
*Mama cakap,asalkan kau bahagia rul.
*Aku cakap,aku perlukan seseorang yang boleh dibimbing.Dan boleh membimbing.Siapa Buatku?

Korang?Siapa Jodoh Korang?

Amirul@Qaseh

Rabu, September 23

Buat Dian.

Assalamualaikum.....




Buat Dian Yang Kanje Sayang.......
Selamat Ulang Tahun.....
Semoga Diberikan kesihatan yang baik,
Semoga Dirahmati Allah,
Semoga Bahagia Selalu di samping keluarga....


Amirul@Qaseh

Bila Tiba Hari Raya.

Assalamualaikum.....

Bila tiba hari raya,
Semua insan bergembira,
Tetapi bagiku,
Hanya kesedihan yang menyelubungi hidup.....

Sedikit petikan dari lagu Cahaya D Aidilfitri yang di popular kan oleh Black Dog Bone.

"Hari Raya" sering digambarkan sebagai hari yang sangat meriah,sangat indah,sanak saudara ahli keluarga bersama berkumpul menjalinkan lagi ikatan Silaturahim antara satu sama lain,bermaaf-maafan,bertanya khabar,bertukar2 cerita,dan yang si kecil gembira bermainan bersama sepupu sepipit,menunggu si tua memberi "duit raya".

Dan yang paling menarik adalah fesyen2 "baju raya" yang dipakai,berwarna-warni,si lelaki berbaju melayu,bersongkok dan ada yang mengenakan samping,yang si perempuan pula meriah berbaju kurung pelbagai nama,kebaya,kebarung,dan tak kurang pula yang berbaju ala2 mak datin,tapi yang penting semuanya indah2 belaka.

Namun,di sebalik semua keindahan itu,seharusnya tidak kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik,yang tidak dapat mengecapi semua keindahan itu,yang tidak berdaya untuk melakukan semua itu.

Kenapa aku berkata begitu?kerana tahun ini terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh hati aku yang selama ini aku tidak nampak dengan mata kepala aku sendiri,sedang aku bergembira,ada yang bersedih,sedang aku bersama keluarga,ada yang seorang diri di rumah,di hospital,sedang aku makan ketupat dan rendang,ada yang hanya makan hati,makan ubat,sedang aku menangis minta diampunkan kesalahan,ada yang menangis kerana meratap keadaan diri sendiri.Sungguh,sayu hati ketika itu,jika aku diberi peluang,aku akan bersama mereka,InsyaAllah.....dan aku akan sentiasa bersama mereka.Membawa mereka bersama2 mengecapi keindahan berhari raya.

*Semoga Cik Dah cepat sembuh.
*Semoga ayang gembira selalu.
*Semoga Allah merestui kita semua,InsyaAllah.

Korang?Indahkah Hari Raya Anda?





Amirul@Qaseh

Selasa, September 15

Duit Raya.

Assalamualaikum.....

Raya dah dekat....
Raya ni yang paling aku ingat sekali masa kecik2 dulu kumpul duit raya jek,setiap tahun benda yang paling tak sabar tu la dia,salam tangan orang pastu dapat duit raya,yang dari keluarga sendiri tak payah kiralah,memang berkepuk2,tak cukup dengan tu,ajak kawan aku g beraya rumah jiran2,masuk umah jiran duduk,bual la sket2 dengan tuan rumah,pastu balik,yang penting duit raya,hahaha....dari pagi sampai ke petang,maghrib balik jap,malam keluar balik sambung mengumpul duit raya,hahaha....masa tu la masing2 bergaya dengan beg duit masing2,seronoknya zaman kecik2 dulu kan?sekarang ni dah besar dah,dah tua dah pun,dah capai tahap kena bagi duit raya dah,hahaha...terasa rindu dengan zaman kanak2,rindu sangat,semua rasa macam terlalu laju,terlalu cepat.



Proses mamasukkan duit dalam sampul

Siap!

-Nak duit raya?jemputla datang rumah ye....
-Kalau nak bagi duit raya pon saya okay juga.....

Amirul@Qaseh

Sabtu, September 12

12.09.09

Assalamualaikum.......

Tak sabar......
Tak sabarnya nak tunggu esok,dan hari2 berikutnya...kenapa?
Esok...13/09/09 adalah hari lahir aku,so tak sabar nak nak tengok berapa banyak wish yang aku dapat,hehehe....tahun ni aku harap tarikh 13/09 tu menjadi hari yang bermakna dari tahun2 sudah,harapan semoga semua insan yang aku sayangi berbahagia di samping aku yang tak sempurna ni.

Semalam,
Suka dalam duka,duka sebab perkara2 tertentu dan suka sebab dapat kad raya lagi 1.....
Daripada si dia,terima kasih sayang.....

Kad Raya Dari Si Dia.



Duit Raya Untuk Mereka

-Tak sabar nak tunggu esok,
-Tak sabar nak tunggu raya.

Korang?Indahkah Hari Ini?


Amirul@Qaseh

Jumaat, September 11

Pagi Untuk Senyum.

Assalamualaikum......

Hai semua...
Dah lama aku tak menulis,sedar tak sedar dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa.
Tiba2 perasaan untuk berhari raya tu memuncak pula walaupun cuti raya aku hanya 2 hari je,Takpelah,janji ada cuti,kalau tak,menangis mak aku kan kampung tu,hahahaha.

Pagi ini aku bangun dengan senyuman,rasa 1 pagi yang sangat indah dan mengindahkan pula,kenapa eh?mungkin sebab kad raya yang aku hantar semuanya dhah diterima dengan selamat oleh si penerima,mungkin juga disebabkan oleh kad raya yang aku dapat semalam,hahaha....first time dapat kad raya dari awek yang kenal tak kenal je,ingatkan saja2 bagi alamat hari tu,tapi rupanya sampai gak kad raya,Thanks "WhoCares"(nama sebenar die aku lupa),dan mungkin juga akibat dari gayutan yang lama dengan "budak kecik" aku semalam,rasanya dah lama gak tak bergayut lama2 macam tu,kan ayang kan?hehehe,kanje sayang dinje tau...sayang sikit je,dari ayang.


Kad Raya Dari WhoCares......Thanks....


Ade Sesiapa lagi sudi nak bagi kad raya?hehehe.....


Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Sabtu, September 5

September Morning.

Assalamualakum.....

Sept 5,
Good morning everyone...
Start your day with smile...
Make your day happier than yesterday...
Love u all..

Amirul@Qaseh

Jumaat, September 4

Politikusialan.

Assalamualaikum.....

Another short film from 15Malaysia.Slovak Sling.Just watch it,its funny.



Huh!It is true?well,u know it very well right?Haha.....

Director-Wong Ming Jin


Amirul@Qaseh

Khamis, September 3

Selamat Pagi.

Assalamualaikum.....

Selamat Pagi Malaysia..
Selamat Pagi Singapura..
Selamat Pagi Mak Ngan Abah..
Selamat Pagi Qaseh..
Selamat Pagi Zai..
Selamat Pagi Dian..
Selamat Pagi Kawan2..
Selamat Pagi Semua..

Mulakan hari ini dengan senyuman,kerana senyuman boleh memberi perangsang untuk memulakan hari yang indah,senyumlah selalu. :)

Indahkan hari ini dengan senyuman terukir di bibir,elakkan berfikiran negatif,sentiasa berfikiran positif,semoga hari ini manjadi lebih indah daripada hari2 sebelumnya.

Korang?Indahkah Hari Ini?





Amirul@Qaseh

Kad.

Assalamualaikum.....

Nothing interested,just wanna share with you guys what i had done.....

"Kad Raya With "Sampul Duit Raya"

Haha...whoes gonna get this valueable things from me?Ill keep it as a secret....LoL.

-Happy Eid Mubarak to all muslim and muslimah around the world especially to my beloved family,beloved dinje,beloved sayang and to all my beloved friends.


Amirul@Qaseh

Sabtu, Ogos 29

Sakit.

Assalamualaikum......

Ye...aku ada sakit,macam2 sakit aku ada,sakit buah pinggang,sakit kaki,sakit otak,sakit hati,semua aku ada,lengkap.Dan suka hati kau la nak cakap apa pon,aku tak kesah,sebab sakit tu kat aku,bukan kat kau,yang tanggung aku,bukan kau,yang akan mati sebab sakit tu aku,bukan kau.Tak payah pon ambil berat pasal aku,sebab kau sendiri tak nak ambil berat pasal diri kau.Jaga diri kau dulu sebelum kau jaga orang lain,dan aku akan jaga diri aku,tanpa bantuan orang lain.

Amirul@Qaseh

Kek.

Assalamualaikum......

Isk~
Tetibe teringat balik kat kek ni,sedap sangat,sape nak tolong buatkan untuk aku?



Kek Batik Jawa

Resipi

Bahan-bahan ( skali wat ni, leh muatkan bekas yg standard size )

  • biskut marie ( kalo bleh, yg saiz besar sket dan nipis)
  • serbuk coklat (milo can do la)--kuantiti, agak2 mcm wat kek coklat
  • susu pekat satu tin kecik da cukup
  • mentega satu buku

Cara-cara

  1. masak mentega smpi cair atas api sederhana
  2. masukkan susu pekat semua skali, slow2
  3. P1010003
    masukkan serbuk coklat (atau milo) sedikit demi sedikit,,jangan lupa kacau bagi sebati
  4. tutup api, dan masukkan biskut marie,,kacau sebati,,jangan tunggu sampai lembik. kemudian,tuang ke dalam acuan,,dan pedap rapat.. kemudian, sejukkan dalam peti sejuk.. nota: 1.buat mcm ni lebih senang drpd susun biskut marie satu2 2. kalau ada yg terpatah tu,,xpe coz nak bg fit dengan bekas, baru jadi elok nanti 3. kuantiti biskut tu agak2,jgn byk sgt, nati kek jadi kering dan xleh dipotong.
(*rembat dari www.myresipi.com)

Amirul@Qaseh

Malam 31 Ogos.

Assalamualaikum.....

Sedar tak sedar,dah masuk hari ke lapan aku berpuasa,rase macam kejap jek,dan sedar tak sedar aku dah menghampiri bulan sembilan,tambah lagi setahun umur aku,dan sedar tak sedar,bertambah lagi berat badan aku,hahaha.....

Esok hari merdeka,masing2 sibuk plan nak sambut kat mana,nak sambut kat mana,kalau kat Johor ni rasa aku kat Danga Bay kot,kalau tempat lain yang "panas",Kat Port Dickson,biase mat rempit kampung aku konvoi ke situ,kat KLCC(skali jek pegi,pastu sumpah aku tak nak pegi lagi),dan tempat2 tumpuan yang lain la,yang ada konsert,ada artis,boleh joget2,boleh sorak2,boleh tengok bunga api yang meriah tu,huhuhu....

Tapi....
Ada gak ke sambutan tu bulan ramadan ni?aku takda plak dengar khabar angin kat televisyen atau surat khabar menyuruh atau melarang sambutan tu diadakan,biarlah,kalau ada pon,bukan aku pegi,baik aku duduk rumah,tengok tv ke,main game play station ke,eh...terawih la!

*Last aku pegi sambutan hari kemerdekaan,tahun 2003,kat KLCC,macam peristiwa berlaku,Fahmi hilang,tahu2 dia tengah tunggu kat kereta,si Aisyah hilang fon tak silap aku,kena pukau,nasib baik tak jadi apa2 kat dia,Alhamdulillah....

Perlukah sambutan sebegitu diadakan?Bermanfaatkah?Fikir2kanlah.....

*Malam 29 Ogos-Tengok Arsenal Vs Man U
Malam 30 Ogos-Tengok bola gak,
Malam 31 Ogos-Tengok dinje dalam mimpi...hehehe.

Amirul@Qaseh

Rabu, Ogos 26

Rumah Idaman Saya,

Assalamualaikum.....

Hari ini hari kelima kita berpuasa,aku di kilang,bosan...
Tengah tengok laman Facebook,aku terperasan 1 benda "15Malaysia",aku tertarik nak tahu pasal benda ni,dan terus aku ke laman itu "http://15malaysia.com",rupanya blog ni pasal 15 filem pendek hasil buah tangan penggiat seni di Malaysia,setakat ini baru ade 5 kot,tunggu...dan aku tertarik pada 1 filem ni.....




Menarik?pasti menarik punya,tersentuh aku tengok...yang lain pun best juga,sila lah tengok ye....

*Kerja siang...sangat bosan dan mengantuk.
*Kanje Sayang Dinje

Amirul@Qaseh

Jumaat, Ogos 21

Hari Ini Dan Semalam.

Assalamualaikum.....

Salam ramadan semua!
Selamat menjalani ibadah puasa....
Sedikit gambar terbaru dari aku,


Kereta pelik dan jarang2 jumpa di Malaysia!











Instalation not completed...macam gampang!semalaman buat bende ni!









Tengah tunggu calibration siap...Uh!mengantuk sudah!







"Budak Besi" dah ada kotak sendiri!









*Kanje Sayang Dinje!

Amirul@Qaseh

Lagu Hari Ini.

Assalamualaikum.....

Tak tahu kenapa dua tiga hari ni aku sering nyanyi lagu ni,dalam kereta,maka dengan itu,terimalah....



*Bayangkanlah jika aku tiada.

Amirul@Qaseh

Sedetik Bersama.

Assalamualaikum......

Hurm...
Penat gila hari ni,semalaman bekerja,dah lama tak macam ni,dengan perut memulas tak tentu pasal,2-3 kali ke tandas,fuh!menyeksakan...hahaha.
Tapi aku tak tahu kenapa malam ni lain benar aku rasa,bila bekerja rasa seronok,tekun!Jarang sekali aku begini,mungkinkah aku telah menjadi aku yang dahulu?yang gila kerja?mungkin juga!sebab pantang ada kerja lebih masa di hujung minggu,aku akan ambil.Hurm....kembali keras bekerja!

Dinje,
Catatan ini untuk kamu,mungkin hanya sedikit,aku tahu kamu mahu,dan semoga harimu menjadi lebih indah dari semalam.Walau hanya sedetik mengenalmu,sedetik bersamamu,namun aku cukup rasa indah,kamu amat menyenangkan,walau apa pun yang melanda,kamu tetap dengan diri kamu,menjadi diri kamu,dan itu sangat jujur padaku,terima kasih atas cinta lebihmu kepadaku,dan Insyaallah,akan aku pulang semula kepadamu.Aku sayang kamu,dan kamu takkan tahu betapa aku menyayangimu,sebanyak mana aku dambakan mu,hanya aku yang tahu.Sekali lagi,terima kasih atas kasih sayangmu.

Dinje,
Hadapi hari-hari mendatang dengan lebih indah,kerna itu yang kuharapkan darimu,walau bukan bersama aku,bersama mereka,aku ingin kamu bahagia,itu lebih penting dari segalanya,dan Insyaallah,aku akan tetap disini selagi kau perlukan aku,kerna aku juga perlu kamu.Terima kasih atas kehadiranmu.

*Semoga Allah Merahmati Segala Cinta Di Dunia.
*Dinje,sayang kamu!

Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Selasa, Ogos 18

Ogos Ini.

Assalamualaikum......

Huargh....
Pagi Selasa,18 Ogos 2009,5:07am.
Perasaan itu datang kembali,perasaan mengantuk yang amat,lebih 18 kali aku menguap,namun apakan daya,aku berkerja,dan akan terus bekerja.Mencari nafkah untuk diri aku sendiri,untuk teruskan perjuangan kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ni.Dan aku akan terus berdiri,disini,di bumi ini.

Hurm....
Ogos?setiap kali ogos menjelma,pasti 1 yang terlintas di hati aku,MERDEKA!,ya...sambutan bulan kemerdekaan sempena kemerdekaan negara yang aku cintai Malaysia.Tahun nie,genap 52 tahun Malaysia merdeka,dan aku amat bertuah kerana aku berada di sebuah negara yang aman,tanpa peperangan dan pergolakan,dengan hadir pelbagai bentuk manusia,berbeza kaum,warna kulit,mahupun agama,kita tetap berada dalam 1 rumpun,walaupun ada segelintir mereka yang cuba menghuru-harakan keadaan,namun kecekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu itu menenggelamkan cubaan tersebut.Ya,aku bangga menjadi rakyat Malaysia!,cuma harapan aku,sedikitkanlah jumlah korupsi di kalangan kita,jangan jadikan wang dan kepentingan diri sendiri menjadi tunjang dalam sesebuah organisasi.Sekali lagi aku ingin katakan,AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!.

Hanya yang ada di benak persoalan aku,kenapa ada sambutan bulan kemerdekaan?Adakah ia untuk menunjukkan dunia bahawa Malaysia ni dah merdeka dari penjajahan?atau mengenang perjuangan para pejuang dan wira2 negara melawan penjajah?atau mengenang nasib pejuang2 yang adakalanya tidak terbela?jika ya,mana dia?yang pasti,setiap tahun pada malam 31 Ogos,pasti di setiap bandar2 besar di seluruh pelusuk negara terdapat KONSERT,dihidangkan lagu2 dari artis2 terkemuka dan jual muka Malaysia,dan menyelitkan sedikit lagu2 yang kononnya patriotik,dengan ribuan penonton bersorak,berjoget kegembiraan dan ada juga yang bercumbuan di khalayak ramai(macam monyet).Dengan tembakan bunga api yang cantik dan menghanguskan duit poket kerajaan.Mana erti sambutan kemerdekaan itu?apa makna di sebalik semua itu?adakah itu cara kita mengenang pejuang2 dan wira2 kita?Uh!aku tidak pernah mengerti.

Tutup bab merdeka,
Hah?Ramadan hampir tiba?ya...Ramadan hampir tiba,hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita umat islam di seluruh dunia menyambut bulan yang sangat mulia,Ramadan Al-Mubarak,dan kita semua akan berpuasa sebulan di bulan ramadan.Diam tak diam,aku sudah bertambah lagi 1 tahun,dan aku semakin tua!haha...Pasti ramai ternanti2 akan kehadiran bulan ramadan ini,tetapi bukan kerana ingin menyambut puasa,tetapi mengingatkan bulan selepas ramadan,Syawal!Bulan berhari raya,betul tak?kini masing2 sibuk dengan persiapan untuk berhari raya,menjengah rakan2,saudara2 aku,masing2 giat mencari baju "raya",kuih "raya",kek "raya",langsir "raya",plan cuti "raya" jangan ceritalah,dah tempah awal2 lagi,haha....Habis siapa yang nak sambut puasa?kenapa sebulan sebelum ni takda orang sibuk untuk membuat persiapan "puasa"?Pelik kan?hahaha.....Ada juga lah segelintirnya,tapi sibuk ganti puasa tahun sudah,yang berlubang2,hahaha.....

Apa2 pun,Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Puasa "Raya",semoga Allah merahmati kita semua dan memberkati amalan2 kita,amin......

*Sempena sambutan puasa ni,aku memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada silap pada penulisan aku,ada yang terasa hati,yang sakit hati,yang buruk hati,yang baik hati,segalanya,dan ingatlah bahawa yang buruk adalah dari aku dan yang baik adalah dari Allah!

Amirul@Qaseh

Isnin, Ogos 17

Erti Sebuah..........

Assalamualaikum......

Hurm,
Apa yang kau cari dalam sesuatu perhubungan?Apa yang kau perlukan dalam perhubungan?
Apa makna perhubungan pada kau?Adakah cinta?kasih dan sayang yang kau dambakan?Adakah kejujuran dan kesetian yang kau impikan?Adakah kemanisan dan kebahagiaan yang kau nantikan?

Aku pon tak tau ape yang aku cari dalam perhubungan,yang pasti tak mungkin cinta,kerana aku tidak mencintai,maaf...itu benar,kasih sayang?alhamdulillah...aku punya keluarga yang penuh dengan kasih sayang,mencari kebahagiaan?dimana2 sahaja ada kebahagiaan,walaupun bukan dengan aku,dengan dia,dengan mereka juga kau boleh bahagia,jadi?apa yang kau cari?apa yang kau mahu?apa yang kau minta?apa yang ada dalam perhubungan?

Maaf,aku tidak sempurna,dan itu sangat benar,aku tidak akan mampu menjadi apa yang kau selalu mahukan,aku tidak akan mampu memberi apa yang kau selalu minta,dan aku tidak akan mampu untuk memenuhi keperluanmu,dan itu aku,sebenarnya aku.Aku bukan manusia luar biasa,aku juga bukan superman,aku hanya manusia biasa yang hidup di dunia pinjaman ini.tidak sempurna.

Jangan kau harapkan apa2 dariku,kerna aku tak mahu kau bersedih bila aku musnahkan harapan itu,bukan itu yang aku mahu,hanya kebahagiaan untukmu,itu yang aku dambakan,apa yang aku mahu,senyum terukir di bibirmu,bunga2 merewang di hatimu,rama2 berterbangan di mindamu,itu yang aku mahu.

Aku tidak sempurna,namun aku tetap akan mencuba,menjadi seperti yang kau mahu,seperti yang kamu minta,demi untuk dirimu,senyummu dan bahagiamu.

Maafkan aku kerna aku tidak sempurna!

Korang?Indahkah hari ini?

Amirul@Qaseh

Ahad, Ogos 16

Demam Lagi.

Assalamualaikum......

Aku demam lagi,imunisasi badan semakin surut,hahahaha...Sebenarnya itu semua tipu,aku sihat Alhamdulillah,sebenarnya demam EPL sudah bermula,semalam banyak perlawanan telah berlangsung,dan aku juga salah seorang yang terpacak depan peti televisyen!Semalam aku jengah 2 perlawanan,Chelsea vs Hull City,ngan Man City vs Blackburn Rovers,kedua-dua perlawanan sangat menarik,dengan Hull menunjukkan 1 permainan yang sangat memberangsangkan,bertahan dengan asakan pemain-pemain Chelsea,nama2 hebat dalam 'team' Chelsea seperti Lampard,Ballack,Drogba,Anelka dan Petr Cech akhirnya berjaya membawa pulang 3 mata penuh,hasil 2 jaringan daripada Drogba,namun...aku tetap kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan pemain-pemain Hull,dan semangat itu yang aku harapkan buat pemain-pemain Malaysia,berjuang hingga ke akhirnya!

Hurm..
Terlepas peluang menyaksikan perlawanan antara Arsenal ngan Everton,sebab salah faham waktu perlawanan,dan aku terlepas aksi-aksi menarik 6 gol yang di hasilkan oleh Arsenal!
Cis!rugi betul la.....

Demam.....

Amirul@Qaseh

Sabtu, Ogos 15

Catatan Baruku......

Assalamuaalaikum...

Catatan baru aku...
Selamat Pagi Sayang.....
Tamat...

Amirul@Qaseh

Khamis, Ogos 13

Sasaran.

Assalamualaikum...

Hurm....
Ngantuknya pagi ini,hanya ingin berkongsi dengan korang,

Sasaran bulan depan!

Olympus Day By Day Watches.
ORIS WATCHES.

Okay....itu saja setakat ni,

Amirul@Qaseh


Hanya Sekeping Hati.

Assalamualaikum....

Hanya Sekeping Hati.

Aku manusia biasa,
Punya sekeping hati,
Tiada 2,tiada 3,
Hanya sekeping hati,

Aku hanya ada sekeping hati,
Yang ingin menyayang,dan disayang,
Yang ingin membelai dan dibelai,
Yang ingin memanja dan dimanja,

Aku hanya ada sekeping hati,
Yang kini terbahagi 3,
2 cebisan untuk mereka,
Secebis kecil untuk aku,

Aku ada sekeping hati,
Telah kuserahkan kepada mereka,
Untuk apa?Untuk mereka menjaganya,
Untuk mereka merasainya,

Aku ada sekeping hati,
Yang secebis kecil untuk aku,
Yang perlu aku jaga,
Untuk diriku sendiri,

Aku hanya ada sekeping hati,
Untuk dikongsi,
Jagalah hatiku ini,
Seperti aku jaga hatimu itu,

Aku hanya ada sekeping hati,
Yang kadang kala merintih sendiri,
Mengenangkan diri,
Dari hati yang secebis ini.

Hanya Ada Secebis Hati......

Amirul@Qaseh

Rabu, Ogos 12

Anak Itu.

Assalamualaikum...

Hurm...
Dalam dunia ni,macam2 yang berlaku,yang boleh diduga,tanpa diduga,tak terduga,mendugakan,
Uh!Aku amat bertuah kerana telah lihat dan dengar semuanya.Kerana dari situlah aku belajar,erti ketabahan,erti ketenangan,erti kejujuran,erti persahabatan,erti perjuangan,erti kesetiaan,erti kesakitan dan.............

Jangan,
Jangan kau ulangi lagi kesilapan itu,
Jangan kau perbodohkan lagi diri itu,
Jangan kau mengalah kerana itu,

Anak,
Jangan kau buang anak itu,
Anak itu tidak berdosa,
Anak itu tidak mengerti apa2,
Anak itu suci.

Sakit,
Sakit hati itu,
Hanya kau yang tahu,
Hanya kau yang mengerti,
Hanya kau yang mampu ubati.

Simpan,
Simpan air mata itu,
Jangan simpan dendam di hati itu,
Jangan simpan keperitan itu,
Jangan simpan kesakitan itu,

Aku,Dia,dan mereka,
Sentiasa ada untuk kamu,
Disamping kamu yang memerlukan,
Bergembiralah,
Dengan Aku,Dia dan mereka,

Mari,
Kongsi kegembiraan ini,
Kongsi kesedihan ini,
Kongsi hari2 indah ini,
Dengan aku,dia dan mereka.

*Buat Dian,aku tahu siapa kau,kau tahu siapa aku,aku harap kau akan terus tabah dan tenang dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini,ingatlah tetap ada sinar yang akan menanti kemudian di kemudian hari.
*Buat Khaira,sayangi daku....

Korang?Indahkan Hari Ini?

Amirul@Qaseh


Kembali Dengan Azam.

Assalamualaikum....

Rabu,12/08/2009....
Alhamdulillah...
Aku disini selepas 3 hari di duga,
Dengan kesakitan fizikal dan mental,
Alhamdulillah,
Aku masih disini....
Dan aku kembali,
Dengan azam.....
Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan,
Sayang kamu *semua!

*Mak,Abah,Khaira,Zai,Ika......

Korang?Indahkan Hari2mu?

Amirul@Qaseh

Ahad, Ogos 9

Sempurna.....

Assalamualaikum.....

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu.....

Hurm....
Sempurna?apa erti sempurna pada kamu?atas dasar apa ia menjadi sempurna?


Sempurna...
Adakah aku sempurna?
Adakah kau sempurna?
Adakah mereka sempurna?

Aku hanya manusia,
Dan aku tidak sempurna,
Jangan kau cari kesempurnaan itu,
Kerna kau takkan pernah jumpa,
Ia tiada padaku.

Ingin menjadi sempurna,
Untuk diriku,
Untuk kamu,
Untuk semua,

Kenapa perlu sempurna?
Adakah ia penyebab bahagia?
Adakah ia membuat harimu indah?
Adakah ia sangat tulus?

Aku tidak sempurna,
Namun aku tahu,
Mampu bahagia,
Mampu menjadikan hariku ini indah.
Tanpa sempurna.

Kepada yang mendambakan kesempurnaan,
Cuba untuk sempurnakan diri anda,
Dan jika anda berjaya,
Maka anda berhak mendapat kesempurnaan itu.


Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Rabu, Ogos 5

Untukmu.....

Assalamualaikum.....

Buat insan2 yang aku sayangi...
Terima qaseh atas qaseh sayangmu.....
Dan hanya untuk kamu....
Ikhlas dariku.....



*thanks to cicakmati86,aku rembat video kau ni...ngee...

Amirul@Qaseh

Selasa, Ogos 4

Buat Insan Yang Aku Kagumi.

Assalamualaikum.....

Mencuri masa makan tengah hari unutk menulis blog,
Hanya sedikit ingin aku perkatakan disini,

Kepada insan yang aku kagumi,
anda tahu siapa anda,
anda tahu dimana anda,
aku amat mengkagumi anda,
ketabahan anda,
kekuatan anda,
kesetiaan anda,
sifat2 anda,
walaupun aku belum mengenali anda,
namun aku tahu,
anda adalah seorang yang hebat,
teruskanlah kehebatan itu,
teruskanlah cinta itu,
teruskanlah sayang itu,
bahagiakan hari-harimu,
indahkan hari-harimu,
selamanya,
simpan,
simpan kesedihan itu,
simpan ia rapi2,
atau buang ia,
terus dari hidupmu,
kerana aku,
tak mahu melihat kesedihan itu,
Aku Mahu Anda Gembira.
Wahai Insan Yang Aku Kagumi.

Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Sabtu, Ogos 1

Cermin Mimpi.

Assalamualaikum....

Sedang aku mengelamun.....
Santapan untuk kamu.......



Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi.

*Syahdu lagu nie,lengkap....dengan irama yang mengasyikkan,lirik yang mendayu.

Amirul@Qaseh

Seminggu....

Assalamualaikum.....

Sabtu,1 Ogos 2009....
Eh?dah bulan baru ke?dah bulan Ogos?cepatnya masa berlalu..........
Uh......
Aku bangun agak awal hari ini,aku tengok fon,ada orang mintak kejut....on the spot aku call khaira,sampai dia bangun,aku langsung tak dengar apa yang cakap,tapi aku anggap je dia dah bangun.....
Minum air masak,pasang rokok,termenung dalam jamban....mandi.
Terus bersiap2 nak pergi kerja,kukuku.....ada mesej masuk,1 ayat yang sungguh buat pagi aku tersenyum,dan aku terus tersenyum sampai la sekarang ni..hahaha....

Hurm,
Seminggu dah aku kerja siang,macam2 benda berlaku,dengan bos yang tak habis2 bercerita pasal perkauman@racism,lepas dia baca blog chedet,sampai bos kecik aku yang suka mengarah tu suruh aku buat yang tidak2,sampai aku kene tahan ngan pak guard hensem just pasal ade liquid kat form MSRF,sampai ke waktu ni,aku sedang menaip....hahaha.Macam2 berlaku siot.
Gerun gak aku masa kene tahan ngan guard tu,sebab aku ada buat kesalahan kecil yang bukan berpunca dari aku,aku seludup barang!Laptop adapter bos aku yang dia pesan dari vendor.Tapi secara gelap la,hahaha.....Gila2,korupsi dimana2.Sebab tu kaya.

Malam,
Malam2 aku biasa je,balik kerja,makan kalau ada mood nak makan,pastu terus mandi dan berehat.Namun budak rumah aku ade kegemaran baru,menjahanamkan joystick PS2 wan,hahaha,main game Burnout Dominator,berlumba2....sampai bosan,aku bosan sebab asyik menang je,tomok ngan zaid bosan sebab asyik kalah je,hahaha...
Lepas main tu,kalau berkesempatan aku call khaira,borak2 ngan dia,sampai aku ngantuk,(kadang2 dah ngantuk gila,tapi buat2 tak ngantuk).Kalau dah bercerita tu,macam2 yang keluar,dari cerita tempat kerja,cerita masa sekolah,cerita masa belajar,cerita masa budak2 kecik,dan paling best,sesi meluahkan perasaan..hahaha.

........,
Masih juga ada manusia yang kejam berlapis kat dunia ni kan?sifat tu takkan hilang dari kehidupan manusia,apa yang dia mahu?apa yang tersirat di sebalik kejadian tu?kenapa buat begitu?aku sendiri tak faham,namun kasihan pada yang menjadi mangsa,sedang baru berusaha untuk memulakan hidup,pelbagai dugaan mendatang,namun aku harap ia tak akan mematahkan semangat kamu.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya,setiap yang buruk adalah pengajaran untuk kita,untuk tidak mengulang kesilapan yang sama.Dan ingat,kegagalan hari ini adalah sebuah kejayaan yang tertunggak.

*Selamat memulakan kerja "dinje"......
*Aku pon kejam...hahahaha...

Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Selasa, Julai 28

Penat....

Assalamualaikum....

12:35 tengah hari....
Waktu makan tengah hari pun tiba,namun perutku masih lagi kenyang dengan kuey teow goreng TAWAKAL yang sedap gila!Tawakal jer la...haha!!!!So aku ambil masa ini untuk menulis sedikit,mungkin untuk menghilangkan bosan dan lelah aku ni.
Okay,seperti yang kita ketahui,Yasmin Ahmad telah pun pulang menemui Yang Maha Pengasih,sesungguhnya Allah lebih mengasihinya.Dan pagi itu,aku terbaca blog si Afdlin Shauki(pagi betol die update blog....) tentang pemergian Yasmin Ahmad.
Sambil aku membaca dengan gagap tulisan beliau yang berbahasa inggeris itu,aku mengakui semua kebenaran yang di luahkannya,dimana kadang kala industri perfileman melayu kita terlalu banyak campur tangan,aku tak nak maksudkan sesiapa,hanya mereka yang tahu.
Beliau sebagai penggiat seni amat terkilan dengan sikap segelintir orang2 kita melayan pengarah2 dan pembuat2 filem,seperti kebanyakan filem Yasmin Ahmad sendiri,setiap kali filemnya ingin ditayangkan,pasti ada pihak yang kurang senang,dengan mengeluarkan fakta2 yang boleh merencatkan promosi filem tersebut,tak kurang pula yang memotong adegan2 yang tak sepatutnya,kenapa?pada aku,mungkin kerana mereka tidak mahu semua tahu bahawa realiti sebenar kehidupan masyarakat Malaysia.

"Jangan bagi banyak sangat kat karyawan kita, nanti diorang besar kepala", maybe that is what is in our cultural belief system. Which is Fucked up. You watch... now that she has passed away.... her films will no longer be under scrutiny and all the unrelease-ables will become release-ables.

Aku tertarik dengan petikan di atas,kerana ia adalah kenyataan.hahahaha....gila la si Afdlin ni...

Kembali pada cerita Yasmin Ahmad,pada aku sendiri,sejujurnya beliau telah membuka mata aku untuk melihat hasil karya orang melayu,dan filem2 melayu,walaupun filem2nya tidak pecah panggung,namun pada aku hasil sentuhan dari beliau sangatla halus,terlalu banyak maksud tersirat di sebalik penceritaan beliau,aku kagum dengan kebolehan beliau,dan aku teringin untuk menjadi seperti beliau,menghasilkan sebuah karya yang dekat dengan masyarakat,Ya!filemnya penuh dengan kontroversi,namun...pada aku,itulah hakikat kehidupan.Tahniah buat beliau atas kejayaan beliau di dalam negara serta di luar negara,sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengganti tempatmu.Al-Fatihah.....

Dan semoga industri perfileman melayu ini menjadi lebih indah dengan kehadiran insan2 seperti beliau.


Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Ahad, Julai 26

Al-Fatihah....

KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.

Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.

Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

*Ihsan Dari Kosmo Ahad.


Amirul@Qaseh

Pentas Dunia.

Assalamualaikum....

Hurm....
Kehidupan adalah sebuah drama,drama di pentas dunia,dimana kitalah pelakon,dan kitalah pengarahnya.Seperti drama di televisyen,ada jalan cerita yang berbeza,ada suka,ada duka,ade sedih,ada gembira,ada tangis dan ada tawa,begitulah kita di pentas dunia,setiap hari yang berlalu adalah babak dalam drama,setiap yang diucap adalah skripnya,setiap yang berlaku adalah actingnya.Sebagai pengarah,kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadikan sesebuah drama itu menjadi lebih hebat dari drama milik orang lain.Kita adalah pelakon utama,dan disekeliling kita adalah watak tambahannya.

Selama ini aku berfikir ape yang aku tonton di televisyen adalah drama semata,namun...hari ini menjadi sejarah buat aku kerana setiap yang aku tonton itu telah berlaku di dunia nyata,kegembiraan,kesakitan,segalanya cukup,sungguh genius si penulis skrip drama,aku kagum,walaupun hanya berimaginasi,namun imaginasi mereka adalah nyata.
Dan hari ini,aku bersyukur,kerana aku adalah insan yang amat2 bertuah,memiliki drama yang pada aku lebih baik,aku punya kasih sayang dari sebuah keluarga,Alhamdulillah...aku mampu hidup dengan selesa,dan aku rasa korang juga begitu..Namun,disebalik itu,tetap ada yang merasakan kekurangan,tetap ada yang menderita,dan tetap ada yang kering air mata mengenangkan nasib diri mereka.Dan kadang kala,tangisan itu bukan dari mereka,tetapi dari insan di sekeliling mereka,jalani hari2 dengan kesedihan sehinggakan takut untuk menempuh hari esok,kadangkala kesedihan itu tidak mampu diluahkan,hanya terpempam di hati yang gundah,yang sentiasa memikirkan hari esok,yang sentiasa mengharap bahawa ada sinar pada mereka pada hari esok,aku cukup terkesima,Ya Allah,aku bersyukur di atas kurniaanmu.

Kepada "mereka",tahniah di atas ketabahanmu itu,dan ingatlah bahawa kamu tidak akan selalu begitu,kerana kamu adalah pengarah drama itu,dan kamulah satu2nya insan yang mampu memberikan sebuah drama yang terbaik untuk diri kamu sendiri.Semoga kamu akan terus menghadapi hari2 esokmu dengan penuh ketabahan,dengan penuh keindahan.Ingatlah bahawa mentari tetap jua akan bersinar,dan bulan akan juga mengeluarkan cahaya indahnya di waktu malam.Ingatlah bahawa tetap ada insan yang akan tetap bersama kamu walau dimana kamu berada,dan ingatlah...bahawa Allah akan sentiasa berada disampingmu,Setiap masa.

Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Sabtu, Julai 25

Seperti Pagi Ini....

Assalamualaikum...


Seperti pagi ini,
Menanti wujudnya mentari,
Menerangi pelusuk bumi,
Menghangati,


Seperti pagi ini,
Bersama alunan angin,
Bersama embun menitis,
Dingin,

Seperti aku,
Seperti kamu,
Seperti mereka,
Seperti pagi ini,


Jalani hidup ini,
Dengan indah,
Dengan mewah,
Dengan megah,

Jalani hidup ini,
Bersama aku,
Bersama kamu,
Bersama mereka,
Bahagia,

Aku,
Tetap disini,
Dan terus disini,
Sementara belum aku,
Mati,

Kamu,
Tetaplah kamu,
Jadi dirimu,
Bersahabat denganku,
Selalu,

Indahnya hari ini,
Bersama kamu,
Bersama mereka,
Dan untuk selamanya,

Terima kasih,
Atas kasihmu,
Atas sayangmu,
Atas kesetiaanmu,
Bersahabat denganku.

Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Jumaat, Julai 24

Get Well Soon,Yasmin....

Assalamualaikum...

Hurm...
Okay,tanpa melengahkan masa...
Mesti korang semua dah tau kan pasal Yasmin Ahmad?(Kalau korang kenal la).
Beliau jatuh pengsan ketika membuat pembentangan di Sri Pentas,beliau sebelum itu telah menyatakan bahawa beliau kurang sehat dan sakit kepala,dipendekkan cerita,beliau sedang koma di ICU Hospital Pakar Damansara.Menurut sumber,beliau di percayai diserang angin ahmar@strok,dan...beliau telah pun menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepala dan dalam keadaan stabil.Alhamdulillah....

Yasmin Ahmad

*Artikel ihsan dari Harian Metro,Jumaat,24/07/2009
*Yasmin Ahmad adalah pengarah filem dan iklan yang telah di iktirah di dalam dan di luar negara,antara filem yang di arah nya seperti,Sepet,Gubra,Mukhsin dan Talentime.
*Semoga beliau lekas sembuh dan terus menghasilkan filem2 yang hebat.

Get Well Soon,Yasmin....


Amirul@Qaseh

Kenapa?

Assalamualaikum.....

Segar...
Selepas menghirup secawan kopi tongkat ali dan menyedut asap rokok winston 14 merah dalam2,baru aku sedar yang aku sedang berada di pagi Jumaat,24.07.09.
Apa yang menarik dengan tarikh tu?takdepape pon sebenarnya...hehehe.

Okay....
Aku ade sesuatu yang menarik untuk diceritakan hari ini,bagi aku mungkin...bagi orang lain aku tak tahulah.
Beberapa hari lepas,aku membaca 1 artikel yang agak menarik,aku cukup tertarik dengan tajuk artikel tu,"Nasib Baik Bawa Banyak Buku"....menarik tak?Tajuk tu dah cukup buat aku tertanya2 apa isi kandungan artikel tu,dengan gambar anak2 kecil mengendong beg sekolah menaiki jejantas.Aku tanpa melengahkan masa terus saja membaca artikel tu.Bermula dengan si penulis bercerita mengenai diri beliau semasa beliau bersekolah dahulu,dengan hanya menggunakan papan batu untuk menulis,mengeja dan mengira,kepada buku pertama di dunia,buku undang2 Hamurabi,kepada satu generasi yang kini dibebani oleh buku2 yang tebal,setebal buku yellow pages(ni aku yang cakap okay...haha).
Kenapa?aku rasa itu persoalan paling tepat untuk diajukan oleh si penulis mengenai buku2 yang tebal dan berat yang dikendong oleh para murid sekolah sekarang.Pertama,beliau berfikir bahawa tujuan buku2 setebal tu adalah untuk membina 1 generasi bijak pandai,yang hebat dari segala ceruk ilmu,lahir satu generasi yang cemerlang,namun... beliau tidak nampak karya2 agung yang lebih hebat atau setanding dengan karya Hikayat Hang Tuah,atau lahir 1 teori2 hebat untuk rujukan sains dan teknologi.Jadi...kenapa perlu buku setebal itu?
Kedua,yang membuat aku tergelak bila membaca...beliau menyatakan buku2 tebal yang dibekalkan oleh pihak2 tertentu adalah untuk menyiapkan generasi kini mejadi ATLET YANG HEBAT.Hah?kenapa plak?tu soalan pertama aku...yelah,dengan beban2 yang berat tu sudah tentu membuatkan anak2 kecil tu menjadi lebih kuat,gagah,berstamina tinggi,hari2 usung beg dengan beban yang berkilo2,betol juga kata aku.Namun sekali lagi!,beliau kecewa kerana masih belum ade atlet dari Malaysia yang betul2 berjaya,pasukan bola sepak Malaysia tewas di tangan pasukan dari Kepulauan Maldives,apa lagi ntah dia tulis aku pon tak ingat.Dan yang paling menarik sekali,di akhiran penulisan beliau,beliau bercerita mengenai 1 peristiwa,dimana beliau ternampak seorang budak di pondok telefon,menggapai2 ganggang talefon,namun tidak sampai,datang 2 kawan mereka,meletakkan BUKU DIBAWAH UNTUK DIJADIKAN ALAS KAWAN MEREKA YANG SEDANG BERGAYUT,uh!Kenapa boleh jadi begitu?
Begitulah serba sedikit artikel yang aku baca beberapa hari lepas.Pendapat aku,sebenarnya ada pihak yang tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam hal ni,baik dari "pihak2 tertentu",ibu bapa,pelajar itu sendiri,aku tidak menyalahkan sesiapa,berfikir dan bertindak!

*Masa aku di UTM,pergi kelas hanya bawa fail yang berisi kertas kosong untuk nota,alat tulis dan buku rujukan,dan tak tebal.....
*Artikel diatas adalah dari buku MASTIKA keluaran Ogos,segmen Kah Kah Kah,Bertajuk seperti yang aku bagitahu,dan beliau adalah merujuk kepada Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais




Korang?Indahkah Hari Ini?

Amirul@Qaseh

Khamis, Julai 23

Selamat Tinggal Kekasih Terbaik.

Assalamualaikum....

Hurm...
Takde idea nak menulis malam ni,(malam ke?pagi la oii!),
Jadi dengan itu,aku titipkan sebuah lagu,yang ingin aku nyanyikan,pada waktu ini,hanya untuk.....
Semoga Allah Merestui Segala Cinta Di Dunia.



Korang?Indahkah Hari Ini?




Amirul@Qaseh

Lagu Bulan Ini.